Isnin, 28 Jun 2010

PERADUAN REKRUT BLOGGER dari ManggaOnline Ad Network

Sekarang dah banyak alternatif syarikat pengiklanan kat dunia Internet ni. Sebelum ni, kita biasa dengar dengan Nuffnang, Advertlets dan Innity. Sekarang muncul satu lagi syarikat pengiklanan yang baru iaitu mangga ads. ManggaOnline Ad  ini merupakan cabang daripada mangga online. Dalam memasarkan perkhidmatan pengiklanan dengan lebih pantas ,mangga ads telah mengorak langkah dengan menajurkan satu peraduan yang di kenali sebagai “PERADUAN REKRUT BLOGGER”. Kalau anda perasan iklan dalam blogs ini dari Mangga ads.
Syarat-syarat untuk menyertai peraduan ini ialah :
  1. Peserta mesti memiliki akaun sendiri dalam ManggaOnline Ad Network . Jika anda belum mendaftar, sila daftar klik gambar "JOM SERTAI" di bawah.



  2. Peraduan ini bermula 14 Jun 2010 dan akan berakhir 11 Julai 2010. Keputusan akan diumumkan 1 minggu selepas peraduan berakhir.
  3. Kemudian, peserta dikehendaki mengisi emel, kata laluan, nama, nombor telefon dan nombor IC di laman web “Peraduan Rekrut Blogger” ini untuk mendaftar sebagai peserta. Pastikan maklumat terkini diberi supaya kami dapat menghubungi anda sekiranya anda adalah salah satu pemenang bertuah.
  4. Peserta akan diberi KOD WIGDET PERADUAN untuk diletak di dalam laman web atau blog anda. Widget peraduan ini harus dipamerkan di laman web atau blog anda beserta dengan SATU widget lain yang bersaiz 728 x 90 (Leaderboard) ATAU 300 x 250 (Square) daripada kategori 'Advertisements Widgets' dari dashboard akaun ManggaAd anda. Widget-widget ini boleh didapati daripada laman Widget dan Quick Start dashboard anda.
  5. Setiap Blogger baru yang menyertai ManggaOnline Ad Network melalui Widget Peraduan Rekrut Blogger anda akan direkod. Pemenang-pemenang akan dipilih oleh pihak ManggaOnline Ad Network.
  6. Blogger yang mempunyai rekod bilangan penyertaan Blogger baru yang TERTINGGI melalui Widget Peraduan Rekrut Blogger yang diberi oleh kami akan dipilih sebagai Pemenang Utama.
  7. 5 blogger berikutan yang mempunyai rekod bilangan Blogger baru yang tertinggi melalui Widget Peraduan Rekrut Blogger yang diberi oleh kami akan dipilih sebagai Pemenang Saguhati.
  8.  blogger baru yang direkrut melalui Widget Peraduan Rekrut Blogger akan dipilih secara rawak sebagai Pemenang Saguhati.
  9. Hadiah-hadiah Peraduan Rekrut Blogger terdiri daripada:
  •  Satu Hadiah Utama berupa iPod Touch.
  •   5 x Hadiah Saguhati berupa RM50.
  •   5 x Hadiah Saguhati berupa RM50 (Blogger baru yang direkrut).
TERMA DAN SYARAT PERADUAN
  1. Peraduan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang menjadi ahli ManggaOnline Ad Network.
  2. Penyertaan peraduan oleh pekerja ManggaOnline Ad Network dan ahli-ahli keluarga pekerja, serta agensi-agensi berkaitan tidak diterima.
  3. ManggaOnline Ad Network (dikenali sebagai “Penaja”) adalah penaja peraduan ini. Keputusan pemenang peraduan yang dipilih oleh Penaja adalah muktamad. Sebarang tuntutan lain tidak akan dilayan.
  4. Pemenang-pemenang akan dipaparkan di ManggaAd Facebook Fan page dan diberitahu melalui emel.
  5. Setiap peserta hanya boleh memenangi satu hadiah sekali sahaja untuk peraduan ini.
  6. Penaja tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan dalam penghantaran hadiah kerana ia bergantung kepada pasaran hadiah tersebut, dan sebarang kesulitan lain yang di luar jangkaan Penaja.
  7. Penaja berhak menukar hadiah pada sebarang masa dengan hadiah lain yang setimpal harga jika hadiah asal tidak boleh didapati kerana masalah yang di luar jangkaan Penaja.
  8. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta dianggap telah membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat Peraduan ini.
  9. Penaja berhak menukar Terma & Syarat Peraduan sebarang masa tanpa pemberitahuan.
Ulasan: bagi bloger yang mempunyai akaun nuffnag berpangkat Geli-Geli tidak di galakan,Tetapi kalau nak bermadu juga  dengan mangga ads ni Gempak tak menghalang, Kerana status geli-geli ko orang akan meningalkan blog ko orang.hehehehe

2 ulasan: