Selasa, 29 Jun 2010

PENERANGAN MANGGA ADS UNTUK BLOGGER

Diharap dengan Penerangan-penerangan dari ManggaOnline Ad Network dapat memenuhi keinginan para blogger-blogger baru dan juga blogger sedia ada untuk membuat perbandingan antara pengiklan online yang di sertai berikut adalah soal jawab yang Gempak dapat dari sebuah blog lain.


Jawapan untuk soalan-soalan yang ditanya:
1) boleh terangkan tentang mangga ads,kenapa ianya dikatakan memberi bayaran paling tinggi?

Jawapan: Kita berpendapat bahawa rangkaian iklan yang lain tidak memberi bayaran yang tinggi kepada member-membernya. Tujuan kami ialah untuk menjadikan ManggaAd rangkaian iklan yang terbaik dan itulah salah satu matlamat kami.

2) bilakah earning akan diupdate?


Jawapan: Kami akan mengemaskinikan ("Update") earning blogger kami setiapminggu pada hari Isnin atau Selasa.

3) mengapa iklan yang dipaparkan tidak ditulis dalam dashboard?

Jawapan: Dalam dashboard, kita hanya memaparkan earnings dan tidak
memaparkan iklan-iklan. Kita berpendapat bahawa iklan-iklan adalah dibawah kawalan ManggaAd dan itulah tanggung jawab ManggaAd untuk membantu blogger menjana duit untuk trafik mereka.

4) mengapa iklan yang dipaparkan semua dari admax asia dan server jugak menunjukkan iklan tersebut dtg dari admax asia.

Jawapan: Ya, iklan-iklan yang dipaparkan boleh datang dari admax. Sistem ManggaAd fleksibel dan boleh menggunakan iklan dari sistem yang lain. Kita berbuat demikian supaya kita boleh membantu blogger menjana duit walaupun tidak ada iklan sesuai dari sistem kita. Kita hendak membina sistem iklan yang terbaik untuk blogger kita.

5) bagaimana blogger/publisher ingin tahu iklan apa yang dipaparkan dan berapa kadar bayaran per click atau per impression?
Jawapan: Pada masa kini, kami tidak akan menunjukkan kadar bayaran CPC/CPM iklan-iklan. Kami akan menguruskan iklan-iklan dalam sistem kami untuk memastikan kami memberi kadar bayaran yang sesuai dengan jumlah trafik laman web / blog anda. Ini adalah supaya blogger tidak akan sibuk menguruskan iklan-iklan. Pihak blogger dapat memberi sepenuh perhatian untuk menjana isi kandungan yang menarik untuk laman web/blog masing-masing.

6) berapa lama tempoh pembayaran mangga ads?

Jawapan: Jumlah bayaran minimum yang akan diproses adalah RM100 dan kita akan mengambil masa 1-2 minggu untuk memproses bayaran itu.

7) apakah gunanya credit yang diberikan(apabila memasang widget dan sebagainya)?

Jawapan: 'Points' yang dikumpul digunakan untuk tujuan 'Ranking' sahaja sekarang. Lebih tinggi jumlah points anda, lebih mudah untuk blogger-blogger lain mencari anda dalam sistem direktori kami. Kami akan membuat pengumuman sekira adanya perubahan kepada sistem point kami pada masa depan.

Kami gembira menerima sebarang pertanyaan dan cadangan anda untuk memperbaiki sistem kami untuk membantu para blogger.

Yang Ikhlas,
ManggaOnline Team.


ULASAN: pendedahan soal jawab ini gempak amik dari blog mysensasi Kredit kat blog Mysensasi.Info ini amat berguna bagi blogger yang ingin mencuba rangkaiyan pengiklanan baru ini.apa tunggu lagi jom Mangga.hehehehehe

3 ulasan: